Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 29 Januari 2011

Mufti Perlis tak terima watikah



KANGAR: Dr Juanda Jaya kini dilihat 'goyah' untuk meneruskan tugas sebagai Mufti Perlis apabila watikah pelantikan beliau yang dijangka tamat dalam masa kurang tiga hari lagi sebaliknya masih belum diperbaharui.

Difahamkan, watikah berkenaan akan tamat 31 Januari ini, sekali gus menyukarkan mufti muda itu untuk meneruskan tugas, walaupun kontrak beliau sebagai Mufti Perlis hanya berakhir Januari tahun depan.

Malah, sumber Jabatan Mufti Perlis sendiri ketika dihubungi mengesahkan Dr Juanda sudah mula bercuti semalam dan dijangka berada di Sarawak sementara menunggu urusan berhubung watikah berkenaan selesai.
Ketika dihubungi, Dr Juanda mengakui tempoh sah watikah pelantikan beliau sebagai Mufti Perlis bakal berakhir Isnin depan. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu kelewatan itu.

“Pelantikan seorang mufti meliputi dua bidang kuasa iaitu membabitkan kuasa pentadbiran dan kuasa ketua agama. Justeru, tanpa watikah saya seolah-olah seorang mufti tidak sah dan tidak ubah seperti seorang penceramah yang berceramah kepada orang ramai tanpa tauliah,” katanya.

Sumber berkata, Dr Juanda dimaklumkan sudah menerima perkenan daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, untuk menyambung watikah pelantikan beliau sebagai Mufti Perlis, namun sehingga kini urusan mengenainya masih belum kelihatan.

Ia secara tidak langsung mencetuskan spekulasi kononnya khidmat Dr Juanda bersama Perlis bakal berakhir walaupun beliau dilihat cemerlang sepanjang tempoh hampir dua tahun menerajui Jabatan Mufti negeri itu.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu, ketika dihubungi, berkata kerajaan negeri tidak berdepan masalah dan amat berpuas hati dengan khidmat Juanda sepanjang menyandang jawatan sebagai Mufti Perlis.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular