Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 28 Januari 2011

Karathu azam guna pengalaman 30 tahun hadapi Selangor




KELANTAN:---BERPENGALAMAN 30 tahun sebagai pengendali, kemampuan jurulatih baru Kelantan, Datuk M Karathu akan teruji kerana dia mempunyai hanya tiga hari untuk membimbing anak buahnya bagi menghadapi perlawanan sumbangsih pembuka tirai Liga Super, Piala Sultan Ahmad Shah, malam esok.

Begitupun, Karathu yang menggantikan B Sathianathan sebagai pengendali, mahu menggunakan segenap pengalaman panjang sebagai jurulatih itu untuk memastikan kemenangan The Red Warriors apabila berdepan Selangor di Stadium Shah Alam, malam esok.

Permulaan baik malam esok, katanya, sekali gus akan memudahkan misinya untuk membawa pasukan yang pernah dikendalikannya pada 1993 itu, memenuhi misi berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super dan menjulang salah satu trofi utama musim ini.

“Saya yakin dapat memainkan peranan dengan baik dan boleh meningkatkan kualiti pemain, bagaimanapun saya tidak mahu terlalu menekan mereka kerana bimbang mentaliti pemain akan jatuh.

“Sebagai juara Piala Malaysia, pemain memang tertekan tetapi kita bermain untuk menang, sekali gus mengutip tiga mata,” katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam yang turut dihadiri Naib Presiden, Rosmadi Ismail dan Sathianathan.

Pengumuman Karathu sebagai ketua jurulatih The Red Warriors dibuat Pengerusi KAFA, Tan Sri Annuar Musa malam kelmarin, selepas kerusi ‘panas tetapi penting’ itu kosong berikutan penggantungan enam bulan terhadap Sathia.

Mengulas lanjut, Karathu yang ditawarkan kontrak setahun sebagai pengendali, berkata dia akan mendapatkan pandangan daripada Penolong Jurulatih Hashim Mustapa dan Sidek Shamsuddin bagi persiapan menghadapi perlawanan sumbangsih di Stadium Shah Alam, malam esok.

“Memang saya tidak tahu kelebihan dan kelemahan (pemain) sebab baru hari ini berjumpa mereka. Saya memerlukan masa sehingga tiga minggu untuk tahu sejauh mana tahap setiap pemain.

“Oleh itu, saya juga akan minta tolong daripada Sathia dan penolong jurulatih untuk mengenali kebolehan pemain dan cara bermain, siapa boleh main di posisi mana dan sebagainya,” katanya yang berharap pemain akan segera dapat menyesuaikan diri dengan pendekatan dibawanya nanti.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular