Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 27 Januari 2011

Pelajar madrasah hos rombongan Jepun

Pelajar Jepun Akari Oshima (kiri) berpeluang menginap di rumah pelajar Madrasah Aljunied, Siti Musfirah (dua dari kiri), selain menikmati makanan Melayu yang pedas


SINGAPURA:-- PELUANG memahami agama Islam dan budaya Melayu serta mengeratkan hubungan dengan pelajar setempat.

Itulah antara matlamat sekumpulan 26 pelajar maktab rendah dari Jepun yang mengadakan kunjungan empat hari ke negara ini.

Dalam rangka kunjungan mereka itu, para pelajar dari Sekolah Tinggi Kagoshima Higashi berpeluang menginap selama dua malam di rumah pelajar sebaya mereka dari Madrasah Aljunied Al-Islamiah.

Mereka juga akan menghadiri kelas serta berinteraksi dengan para pelajar madrasah tersebut.

Di madrasah itu semalam, para pelajar tersebut diperkenalkan dengan teman baru mereka daripada Madrasah Aljunied yang akan menemani mereka sepanjang penginapan mereka di sini.

Bagi pelajar Akari Oshima, 17 tahun, lawatan tersebut merupakan yang pertama ke negara ini dan berharap ia juga dapat meningkatkan kefasihan berbahasa Inggeris.

Bercakap menerusi penterjemah, pelajar tahun kedua itu berkata:

'Saya ingin sekali memahami tentang agama Islam serta budaya Melayu, apa yang saya tahu kini hanyalah umat Islam tidak makan babi.

'Saya juga berharap akan dapat memperkenalkan budaya Jepun kepada teman baru saya.'

Akari juga tidak sabar untuk menikmati sajian makanan Melayu.

'Saya dengar makanan Melayu amat pedas dan saya gemar makanan pedas,' katanya.

Gadis itu dipadankan dengan pelajar Madrasah Aljunied, Siti Musfirah Wahid, 17 tahun.

Siti Musfirah mempunyai rancangan membawa teman barunya itu mengunjungi pasar Geylang Serai, Darul Arqam dan pusat-pusat beli-belah di Orchard Road.

Pelajar yang tinggal di Woodlands itu berkata:

'Saya juga berharap mempunyai masa membawa teman saya ini ke taman Pesisiran Woodlands yang baru.'

Madrasah Aljunied mempunyai rangkaian kerja yang rapat dengan sekolah-sekolah Jepun.

Sejak 2004, madrasah itu telah menjadi tuan rumah kepada 2,400 pelajar dari Jepun.

Menurut Penolong Naib Pengetua Madrasah Aljunied, Cikgu Khairiana Zainal Abidin, pihaknya telah mengatur pelbagai program menarik bagi para tamunya itu.

'Selain mengadakan lawatan ke tempat-tempat menarik seperti Kampung Glam, mereka juga akan merasakan pengalaman menghadiri kelas di Madrasah Aljunied.

'Para pelajar itu juga berpeluang berinteraksi menerusi kegiatan sukan seperti bola jaring, sepak takraw dan permainan tradisional,' kata Cikgu Khairiana.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular