Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 30 Januari 2011

Kelantan hadkan 2kg minyak masak untuk seorang




KOTA BHARU:--- Berkuat kuasa hari ini sehingga 10 Februari ini, pembelian minyak masak bersubsidi di Kelantan dihadkan kepada dua kilogram untuk seorang pengguna.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Fauzi Haron berkata, langkah itu yang dilaksana di semua pasar raya di negeri tersebut, bertujuan menangani masalah kekurangan bekalan bahan berkenaan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina.

"Peraturan yang diperkenalkan ini bukan berbentuk catuan tetapi lebih kepada inisiatif sendiri dalam usaha mengurangkan kesan kekurangan bekalan minyak masak pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Peraturan itu katanya, terhad kepada minyak masak bersubsidi, iaitu yang berharga RM2.40 sekilogram.

"Manakala minyak masak berjenama lain, termasuk minyak jagung tidak tertakluk di bawah peraturan itu,” katanya. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular