Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 29 Januari 2011

PRK: Warga Tenang Buang Undi Hari Ini

CALON Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim membuang undi di saluran tiga Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah bagi Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, pagi ini.



LABIS: Sehingga jam 9 pagi selepas sejam pusat mengundi dibuka di pilihan raya kecil DUN Tenang, seramai 1,576 pengundi atau 10.68 peratus keluar mengundi, lapor Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semua pusat mengundi di pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mula dibuka jam 8 pagi tadi meskipun hujan lebat di sekitar daerah ini sejak jam 7 pagi.

Keadaan cuaca sebegini dilihat menjejaskan sedikit mereka yang keluar mengundi pada sebelah pagi dengan kemunculan bilangan pengundi dalam jumlah yang kecil, awal tadi.

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dijangka mengundi di Sekolah Kampung Paya Merah, manakala calon PAS, Normala Sudirman pula tidak mengundi tetapi dijadual akan berada di Sekolah Kebangsaan Tenang untuk membuat lawatan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular