Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 29 Januari 2011

Mayat bayi masih bertali pusat ditemui dalam longkang

MENYAYAT HATI... Beginilah keadaan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan uri ditemui di dalam sebuah longkang yang masih dalam binaan di Taman Mekar, Ayer Hitam, Batu Pahat.



BATU PAHAT:--– Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki yang lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut, pagi tadi.

Mayat bayi lelaki itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

Tanpa belas kasihan, mayat tanpa seurat benang itu dibiarkan di dalam longkang yang berair tersebut.

Polis masih menyiasat sama ada bayi itu telah mati sebelum diletakkan di situ atau meninggal dunia akibat kelemasan mahupun kesejukan.

Menurut Hamid, dia terkejut besar melihat sekujur tubuh bayi dengan kesan darah dalam longkang sedalam hampir setengah meter.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Menurut beliau, bayi itu dipercayai dibuang di situ dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kesan kecederaan lain ditemui.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.

"Jika disabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. - Utusan

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular