Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 26 Januari 2011

Anak maut pulang tahlil

Ayah mangsa menunjukkan basikal ditunggangi Mohd Haikal yang dilanggar kereta.



KOTA BHARU: Seorang bapa yang baru selesai menghadiri majlis tahlil arwah tersentak apabila dikejutkan berita kematian anaknya berusia 12 tahun yang dilanggar sebuah kereta di Kampung Jerulong, Lati, dekat Pasir Mas, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, Mohd Haikal Che Hasnan yang menunggang basikal mengalami patah tengkuk dan paha kanan sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pasir Mas (HPM).

Bapa mangsa, Che Hasnan Mahmud, 45, sebelum kejadian itu, dia berada di rumah seorang saudaranya terletak berdekatan rumahnya menghadiri majlis tahlil seorang ahli keluarga yang meninggal dunia.

“Sebaik selesai tahlil, saya bersama saudara-mara berbual sebelum secara tiba-tiba terdengar riuh rendah di luar kawasan rumah.

“Ketika itu, saya turut keluar sebelum ternampak sepasang selipar milik anak sebelum mendapati dia terbaring berlumuran darah.

“Saya kemudian terus memangkunya untuk dibawa ke HPM bagi rawatan kecemasan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia bersama anak bongsunya itu ke rumah saudaranya itu menghadiri majlis tahlil selepas kematian ahli keluarga terdekat seminggu lalu.

“Sebaik selesai majlis, Mohd Haikal pulang lebih awal ke rumah dengan mengayuh basikal bersendirian.

“Saya tak sangka dia pulang lebih awal tanpa menunggu saya untuk pulang bersama menunggang motosikal,” katanya.

Katanya, anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Lemal, Pasir Mas tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang basikal dipercayai menyeberang jalan secara tiba-tiba dari kiri ke kanan sebelum dirempuh sebuah kereta dari arah Lati menuju Pasir Mas.

“Mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HPM,” katanya, semalam.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular