Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 30 Januari 2011

Yuk! Ke dapur bersama Datuk Cef Wan

Cef Wan akan mengadakan demontrasi masakan dalam 'Dari Dapur SUTRA' pada Sabtu, 12 Mac.



SINGAPURA:-- ANDA telah menyaksikan celotehnya di televisyen.

Anda telah bergelak ketawa menyaksikan gelagatnya.

Kini, ayuhlah bersama-sama dengannya untuk menyediakan empat sajian Maghribi dalam acara tahunan bengkel memasak, Dari Dapur SUTRA.

Acara anjuran majalah SUTRA terbitan akhbar Berita Harian/Berita Minggu yang masuk tahun ketiga kali ini, bakal menampilkan cef selebriti dari seberang, Datuk Cef Wan.

Cef Wan atau nama sebenar, Redzuawan Ismail, 53 tahun, bakal menunjukkan betapa mudahnya menyediakan juadah Maghribi buat seisi keluarga.

Juadah yang bakal disiapkan dan diajar kepada para peserta ialah sup harira, tajin ayam, kuskus kambing dan bastilla daging.

'Masakan Maghribi merupakan hidangan yang lebih 'halus' daripada masakan Timur Tengah.

'Saya akan tunjukkan cara menghasilkan juadah Maghribi yang paling popular di kalangan penduduknya dan sering dimasak pada Ramadan,' jelas Cef Wan ketika dihubungi melalui panggilan jauh.

Ini merupakan kali ketiga pihak SUTRA mengadakan bengkel memasak. Cef Siti Mastura Alwi menjadi pembuka tirai di tahun pertama disusuli pula dengan Cef Irene Jansen tahun lalu.

Kali ini juga, buat pertama kalinya, SUTRA mengundang cef dari luar negara dan sekali gus membawa bengkel itu keluar dari Auditorium SPH.

Bengkel memasak, Dari Dapur SUTRA bersama Datuk Cef Wan, bakal diadakan pada Sabtu, 12 Mac depan di Hotel Furama RiverFront, Havelock Road dari 12.30 hingga 5 petang.

'SUTRA mendengar dan cuba memenuhi impian anda,' ujar Editor SUTRA, Cik Hasleen Bachik, merujuk kepada borang lapor balik daripada peserta bengkel tahun lalu.

Menurutnya, Cef Wan adalah nama paling banyak tercatat dalam borang saranan yang diedarkan kepada peserta bengkel Dari Dapur SUTRA itu.

Kepopularannya itu dapat difahami.

Oleh itu, saksikan gelagat cef terkenal yang bukan sekadar tukang masak dan personaliti televisyen, malah mempunyai pengetahuan cukup luas dalam bidang masak-memasak ini dan tidak lokek dalam menyampaikan ilmunya.

Dalam bengkel yang mengenakan bayaran $50 termasuk jamuan bufet itu, Cef Wan bakal dibantu jurumasak kedua dari saluran kabel, Asian Food Channel (AFC).

Bagi yang ingin mempelajari cara-cara membuat juadah dengan cita rasa setempat pula, Cef Kaler dari restoran Kintamani, Hotel Furama RiverFront, pula bakal menjadi pembuka acara. Beliau akan menunjukkan cara-cara menyediakan hidangan cumi-cumi goreng pedas.

Tentunya, demonstrasi tidak akan lengkap tanpa tip masakan dan gelagat candi Cef Wan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular