Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 29 Januari 2011

Liga Super 2011: Kelantan beri amaran awal

BEGINILAH gelagat dua gadis yang juga penyokong fanatik Kelantan ketika hadir menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih antara Kelantan selaku juara Piala Malaysia dan juara Liga Super, Selangor di Stadium Shah Alam, Selangor.




KUALA LUMPUR:--- Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan memberikan amaran awal dengan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah 2011 setelah menumpaskan Selangor 2-0 dalam perlawanan sumbangsih dalam meneruskan saingan Liga Super musim ini.

Sepakan penalti penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan bebas ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi pada setiap babak permainan, turut memastikan tiga mata sulung liga buat Wira Merah di Stadium Shah Alam.

Juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan pula mengorak langkah kanan dalam Liga Super 2011 dengan menumpaskan Harimau Muda A 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.

Tiga mata turut digenggam satu lagi tuan rumah, Pahang selepas menumpaskan Perlis 3-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan hasil jaringan Saiful Nizam minit ke-14, sepakan penalti R. Surendren (42) dan Mohd. Alafi Mahmud (73).

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, tuan rumah terlepas tiga mata apabila diikat Perak 1-1 biarpun mendahului menerusi Mohd. Badrul Hisyam Azmi pada minit ke-12 sebelum disamakan oleh Shafiq Jamal, minit ke-66.

Tiga keputusan seri tanpa jaringan pula tercatat dalam perlawanan Terengganu-Sabah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu; Johor FC-Felda United di Stadium JCorp, Pasir Gudang dan Kedah-T-Team di Stadium Darulaman, Alor Setar.

Keputusan

Selangor 0 Kelantan 2

Terengganu 0 SABAH 0

Kuala Lumpur 1 Perak 1

Johor FC 0 Felda United 0

Kedah 0 T-Team 0

Negeri Sembilan 1 Harimau Muda A 0

Pahang 3 Perlis 1

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular