Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 30 Januari 2011

Chong Wei hampa




DUA kegagalan ditempa pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei pada Siri Super Premier Terbuka Korea.

Pertama, gagal mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lalu dan kedua gagal membuang badi kekalahan di tangan Lin Dan.

Semuanya berlaku serentak apabila Chong Wei tewas kepada juara Olimpik itu dalam pertarungan tiga set 19-21, 21-14, 16-21.

Chong Wei yang berazam mempertahankan tiga kejuaraan sepanjang Januari hanya mampu mempertahankan Siri Super Final dan Terbuka Malaysia tapi tidak Terbuka Korea apabila Lin Dan merampasnya.

Berdasarkan rekod pertemuan, Chong Wei hanya menewaskan Lin Dan tujuh kali sedangkan musuhnya itu menang 14 kali, namun jaguh negara itu beroleh motivasi selepas pertemuan terakhir kedua-dua pemain di Terbuka Jepun tahun lalu dimenanginya.

Aksi seimbang terserlah di set pertama apabila kedua-dua pemain saling mengikat kedudukan, namun Lin Dan kurang melakukan kesilapan untuk menang 21-19.

Pada set kedua, aksi garang Chong Wei membolehkannya menguasai gelanggang dengan baik dan menang 21-14 mengajak Lin Dan beraksi di set penentuan.

Namun, permainan kurang cermat Chong Wei mengundang padah ketika dia kelihatan pasti menguasai lawan.

Selepas mendahului 16-15, Chong Wei melakukan kesilapan demi kesilapan membolehkan Lin Dan yang menarik diri atas alasan mengalami kecederaan di Terbuka Malaysia menang 21-16 membolehkan Lin Dan melebarkan rekod kemenangan kepada 15.

Hasil kemenangan di Seoul, Lin Dan membawa pulang hadiah lumayan AS$90,000 (RM1.2 juta). Chong Wei juga tidak pulang dengan tangan kosong, menang AS$45,600 (RM139,262).

Kemenangan Lin Dan itu membolehkan China menang empat gelaran sebagaimana di Terbuka Malaysia.

Tiga lagi gelaran dimenangi melalui acara perseorangan wanita menerusi Wang Yihan, beregu wanita, Wang Xiaoli-Yu Yang dan beregu campuran menerusi Zhang Nan-Zhao Yunlei.

Hanya pemain tempatan, Lee yong Dae-Jung Jae Sung menafikan monopoli China apabila mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lalu selepas menewaskan gandingan nombor satu dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark, 21-6, 21-13.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular