Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 27 Januari 2011

Guru dipenjara 8 tahun, disebat




MELAKA – Seorang guru sekolah rendah di Bandar Melaka dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan memiliki dadah tahun lepas.

Bagi tuduhan pertama, Mohd Sallehin Abu Samah, 28, didakwa memiliki 270.86 gram kanabis pada 11 Mac 2010 di tempat letak kereta, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir, di sini.

Dia yang mengaku salah atas tuduhan pilihan didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau minimum penjara lima tahun dan sebatan tidak kurang 10 sebatan.

Bagi tuduhan kedua, guru itu yang telah berkahwin didakwa memiliki 6.53 gram midazolam pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menjatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan rotan bagi tuduhan pilihan dan penjara tiga tahun untuk tuduhan kedua.

Bagaimanapun, beliau memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak setelah mendengar rayuan. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular