Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 29 Januari 2011

Dua wira harumkan negara kini jadi 'musuh'



KUALA LUMPUR:-- KEDUA-dua pengendali - K Devan dan Datuk M Karathu - harus ceria kerana memiliki limpahan pemain untuk mencongak kesebelasan terbaik bagi pertembungan perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah, malam ini.

Kelantan akan melangkah turun ke Stadium Shah Alam dengan sedikit perasaan gementar kerana beraksi buat julung kali dalam perebutan piala berusia 26 tahun ini manakala Selangor beranggapan sorakan padu penyokong Merah Kuning akan menjadi faktor pembantu utama dalam merencanakan satu lagi kejayaan di laman sendiri.

Perlawanan membabitkan dua skuad gergasi yang memiliki ramai pemain bintang, termasuk beberapa anggota yang membantu pasukan negara menjuarai Piala Suzuki AFF, Disember lalu tidak dinafikan bakal menjadi tarikan besar penonton tanah air.

Apapun, Kelantan seperti merendahkan diri apabila menganggap mereka sebagai barisan ‘underdog’ tetapi status selaku juara baru Piala Malaysia harus menyajikan satu lagi aksi terpuji daripada mereka, apa lagi sentuhan Karathu yang kembali menabur bakti selepas kali terakhir membimbing The Red Warriors pada 1993.

Perlawanan tumpuan lain seperti Negeri Sembilan melawan Harimau Muda A serta bekas juara, Kedah bertembung T-Team harus menerbitkan satu lagi saat ghairah kepada penonton ketika Liga Super yang membuka tirai, malam ini ditakrif akan kembali menambat hati penonton yang sudah mula mencintai bola sepak.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular