Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 26 Januari 2011

Pelaku sakit mental, gila meroyan





KUALA LUMPUR: “Wanita itu berkemungkinan menghidap penyakit mental atau gila meroyan akibat tekanan dialami sepanjang tempoh mengandung sehingga tergamak membunuh bayi sendiri tanpa belas kasihan,” kata Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Hussain Habil.

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar Harian Metro mengenai seorang ibu muda yang tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa.

Dr Hussain berpendapat, tindakan melakukan sesuatu perbuatan itu secara berulang tanpa henti menunjukkan si pelaku sudah lama menyimpan masalah yang dihadapi tanpa berkongsi dengan orang lain.

“Apabila mereka mempunyai peluang untuk melepaskan segala bebanan yang ditanggung maka ia akan menyebabkan si pelaku hilang kawalan serta bertindak di luar batasan,” katanya.

Katanya, risiko itu akan berganda jika hubungan kekeluargaan lemah dan mereka terbabit dalam penyalahgunaan dadah di samping tekanan kerja dan kewangan mahupun hubungan sosial.

Namun, beliau juga tidak menolak wanita itu menghidap gila meroyan sekaligus boleh mengganggu kewarasan akal fikirannya sehingga bertindak kejam apatah lagi dia ditinggal berseorangan tanpa sebarang pemerhatian dan kawalan ahli keluarga.

“Individu yang menghidap simptom ini tidak boleh dikenal pasti secara fizikal kecuali apabila pesakit dibawa berjumpa pakar dan mendapatkan rawatan lanjut.

“Biasanya, penyakit gila meroyan ini berlaku akibat tindak balas hormon badan selepas melahirkan anak termasuk beberapa sebab lain seperti tumpah darah, jangkitan kuman dan pengambilan makanan tidak berkhasiat,” katanya.

Laporan itu turut menyebut mayat bayi cukup sifat itu ditemui jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah. Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular