Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 29 Januari 2011

Keputusan peperiksaan melalui khidmat SMS





BANDAR SERI BEGAWAN:--- Kementerian Pendidikan dengan inisiatif dan kerjasama daripada DST Communications Sdn Bhd (DST), B-Mobile Communication Sdn Bhd (B-Mobile) dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel) akan sekali lagi mengeluarkan keputusan peperiksaan IGCSE, BC-GCE 'O', 'AS', dan 'A' level bagi Oktober dan November 2010 melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Para pelanggan (pelajar dan ibu bapa) yang berhasrat untuk melanggan perkhidmatan itu diperlukan untuk mendaftar secara di talian melalui portal sesawang Kementerian Pendidikan di alamat www.moe.edu.bn.

Pelanggan-pelanggan juga dapat mendaftar melalui telefon mudah alih melalui Khidmat Pesanan Ringkas dan perlu memasukkan teks berikut: MOEREG[CENTRE CODE][CANDIDATE NUMBER] [IC NUMBER] dan menghantar ke 8885555 bagi para pelanggan DST atau 38666 bagi pelanggan-pelanggan B-Mobile.

Menurut kenyataan Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan, para pelanggan juga perlu dimaklumkan bahawa tiada caj dikenakan bagi pendaftaran melalui portal sesawang Kementerian Pendidikan atau telefon mudah alih.

Pelanggan-pelanggan boleh mula melanggan perkhidmatan ini bermula esok, 29 Januari 2011.

Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada para pelanggan melalui SMS selepas kelulusan dari Jabatan Peperiksaan, kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan peperiksaan terbabit. Para pelanggan akan dikenakan caj sebanyak $3.00 bagi setiap keputusan melalui SMS yang diterima.

Dengan perkhidmatan ini, Kementerian Pendidikan berharap bahawa ia akan memberikan manfaat kepada orang ramai terutama para ibu bapa dan amnya para stakeholder Kementerian Pendidikan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai bagaimana untuk mendaftar, e-mel boleh dihantar ke alamat mach@machbrunei.com.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular