Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 29 Januari 2011

Tunjuk perasaan di Mesir: Rakyat Malaysia selamat

( Foto hiasan)



KUALA LUMPUR – Kementerian Luar kini menyusun langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Mesir berikutan insiden rusuhan dan tunjuk perasaan di negara itu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata sehingga kini tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.

"Mereka dilaporkan selamat,” kata kenyataan itu, di sini hari ini.

Wisma Putra juga berkata Kedutaan Besar Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan di Kaherah sentiasa memantau perkembangan terkini di sana.

Mereka juga sudah menghubungi dan menasihati semua pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Mesir termasuk syarikat berkaitan kerajaan dan Petronas, supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya dan mengelakkan dari berada di tempat yang berisiko tinggi tercetusnya rusuhan, kata kenyataan itu.

Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular