Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 29 Januari 2011

Kaji Implikasi Nikah Bawah Umur Perlu Diwujudkan - Jamil Khir




KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Satu bank data perlu diwujudkan untuk mengumpul rekod perkahwinan bawah umur di negara ini, selain mengkaji implikasi terhadap kanak-kanak bawah umur yang sudah bernikah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) mewujudkan bank data bagi membuat pertimbangan atau cadangan tindakan terhadap kesan perkahwinan bawah umur.

"Dengan adanya bank data ini, kita boleh tengok balik trend perkahwinan bawah umur ini.

"Di mana sudahnya selepas lima ke 10 tahun perkahwinan, sekiranya kita nampak faktanya positif, apa pula yang kita nak cadangkan, kalau negatif, apa pula cadangannya," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Kebangsaan Undang-Undang Keluarga Islam "Nikah Bawah Umur: Patut atau Tidak?" anjuran JKSM dan PPSM di sini.

Beliau berkata walaupun kadar pernikahan bawah umur di negara ini kecil iaitu sebanyak 0.725 peratus sahaja, pengumpulan data itu penting untuk dijadikan fakta atau bukti, sama ada trend perkahwinan sedemikian berakhir dengan penceraian ataupun kebahagiaan.

"Cuba cari balik pasangan-pasangan yang kahwin bawah umur, tengok apa jadi pada mereka, kita kena ada bukti dan fakta untuk tengok sama ada mereka bahagia atau tidak.

"Pasangan yang kahwin pada umur tujuh hingga 17 tahun, kita perlu lihat sama ada mereka meninggalkan alam persekolahan apabila sudah berkahwin, atau perkahwinan itu sepatutnya tidak terjadi, atau mereka berkahwin dan dalam masa yang sama juga turut bersekolah," katanya.

Jamil Khir berkata Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) atau Akta 303, memperuntukkan umur minimum bagi perempuan ialah 16 tahun dan 18 tahun bagi lelaki.

"Jika ingin berkahwin lebih awal dari umur minimum, perlulah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah. Syarat asasnya, hakim mesti tengok tidak ada pertelingkahan di antara ibu bapa dan anak yang hendak dinikahkan.

"Selain itu, hakim akan lihat dari sudut sekufu, iaitu ada persefahaman dalam konteks memahami cara dan budaya, fizikalpun turut diambil kira, iaitu adakah fizikalnya juga bersedia untuk menjadi seorang ibu, dan yang penting sekali, hakim akan lihat kemampuan suami menanggung nafkah isterinya," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata terdapat pelbagai tanggapan berhubung isu nikah bawah umur, ada yang bersetuju dan menggalakkan ibu bapa menikahkan anak mereka di usia muda bagi mengelak meningkatnya masalah sosial di kalangan remaja.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular