Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 9 Januari 2011

Peluang sertai projek pemuliharaan di Sabah untuk belia



KUALA LUMPUR - Tujuh pengembara muda berusia antara 15 dan 20 tahun, warga Malaysia dan Singapura, berpeluang mengikuti Projek Pangaea Borneo, satu inisiatif pengembaraan dan kemasyarakatan untuk melibatkan generasi muda dalam usaha-usaha pemuliharaan alam mulai 1 hingga 10 Februari.

Projek yang diilhamkan Mike Horn, 45, seorang pengembara kelahiran Johannesburg, yang dianggap sebagai peneroka alam zaman moden dengan misi melibatkan seramai orang yang boleh untuk menyelamatkan alam bumi, kata Ker Jen Ho, seorang remaja yang pernah mengikuti program pengembaraan kendalian Horn.

Antara pencapaian cemerlang Horn termasuklah mendaki tiga puncak Himalaya lebih 8,000 meter tanpa bekalan oksigen tambahan, mengembara solo mengelilingi dunia, meluncur salji ke Kutub Utara dan Selatan, serta berenang di Sungai Amazon. Pangaea merupakan nama kapal layar ekspedisi Horn.

Jen Ho berkata, tahun lepas ibunya memberitahu tentang satu artikel di akhbar mengenai siri ekspedisi di seluruh dunia yang dimulakan oleh Horn.

"Pada mulanya, tidak mengetahui banyak tentang program dan sementalahan permulaan tahun persekolahan baru, saya menyimpannya dahulu. Beberapa bulan kemudian, saya terfikir mengenainya. Saya berfikir tidak memudaratkan untuk saya melihat laman web mengenainya. Semasa melayarinya, saya mula merasakan suatu pengalaman pengembaraan yang sangat menggembirakan,” kata Jen Ho, 16, yang bersekolah di sekolah antarabangsa di Malaysia, di mana dia sendiri memulakan satu persatuan alam sekitar dikenali “The Green Machine”.

Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada: http://www.mikehorn.com/en/yep/young-explorer-act-projects/yep-projects-2011/. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular