Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 26 April 2011

Undang-undang persekutuan di internet




PUTRAJAYA: Orang ramai kini boleh mengakses dan memuat turun undang-undang persekutuan yang sudah diwartakan menerusi e-Warta Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata menerusi portal www.federalgazette.agc.gov.my itu, semua undang-undang persekutuan boleh diakses secara mudah dan percuma sebaik sahaja diwartakan tanpa perlu menunggu akta terbabit dicetak.

"Saya difahamkan Jabatan Peguam Negara telah mengguna pakai segala sumber dalaman yang ada untuk membangunkan sistem itu sendiri," katanya semasa melancarkan portal itu, di sini hari ini.

Beliau yakin langkah yang diambil jabatan itu akan meningkatkan prestasi sistem penyampaiannya selain memberi manfaat kepada masyarakat dan pengamal undang-undang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular