Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 2 Mei 2011

Cerita Ayah Roboh Rumah Anak...

Faridah menceritakan detik dua jentolak cuba merobohkan rumahnya.




MARANG - Disebabkan berebut tanah, seorang ayah bertindak di luar jangkaan apabila merobohkan rumah anak kandungnya di Batu 13, Jalan Kuala Berang dekat sini, menggunakan dua jentolak walaupun ketika itu anaknya bersama anggota keluarga masih berada di dalam kediaman berkenaan.

Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin, ayah berusia 67 tahun itu seolah-olah hilang pertimbangan apabila tidak menghiraukan keselamatan anak sulung hasil perkahwinan pertamanya, menantu dan dua cucu walaupun sedar tindakan itu boleh mencederakan darah dagingnya sendiri.

Malah, lelaki itu dan tiga anaknya hasil perkahwinan kedua turut mengugut mencederakan mangsa sekeluarga jika mereka keluar dari rumah itu untuk menghalangnya daripada merobohkan kediaman berkenaan.

Mangsa, Yusof Mat Yasin, 52, berkata, perselisihan antara dia dan ayahnya bermula sejak Disember lalu apabila bapanya menuntut tanah yang didudukinya sejak 30 tahun lalu.

Katanya, tanah itu pada asalnya milik ayah dan ayah saudaranya sebelum dia membeli bahagian tanah milik ayah saudaranya untuk membina rumah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular