Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 30 Mei 2011

Jangan mudah minta cerai

IMBAS: Isteri yang menghadapi situasi 'Gila Talak' yang disiarkan media semalam.





KUALA LUMPUR - “Wanita jangan mudah meminta cerai, talak bukan perkara main-main. Sebab itu, kadang-kadang berlaku kes gila talak yang disifatkan sebagai balasan daripada Allah,” kata Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiyah Hassan.

Beliau berkata, tidak dinafikan perceraian memang dihalalkan dalam Islam tapi ia paling dibenci Allah, justeru apabila talak dipermainkan tidak mustahil Allah memberi pembalasan setimpal contohnya hidup merana atau paling teruk hingga ada yang gila talak.

Semalam, media melaporkan mengenai seorang wanita yang gila talak selepas diceraikan suami dengan meminta kain pelekat dan tuala bekas suami untuk hidu baunya bagi mengubat rindu.

Wanita berusia 49 tahun itu mengaku perceraian dengan suaminya dua tahun lalu berpunca daripada kesilapannya yang tidak mahu dikongkong dan suka memarahi suami biarpun ketika itu dia bekerja sebagai guru mengaji al-Quran. “Saya akui, hendak melupakan seseorang yang disayangi memang sukar malah saya yakin tiada seorang pun yang mahu perceraian berlaku.

“Apa yang penting, wanita berkenaan perlu menerima ketentuan Allah ini dengan sabar dan reda di samping berdoa supaya dipertemukan jodoh dengan lelaki yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Hussain Habil berkata, keadaan individu yang menyimpan barang orang yang disayangi selepas bercerai atau kematian bukan disifatkan sebagai angau sebaliknya hanya tindakan biasa akibat kesedihan.

“Namun dikhuatiri, kesedihan itu lama-kelamaan akan menyebabkan kemurungan kepada individu yang gagal sesuaikan diri dengan keadaan baru dan antara kesannya termasuk menjejaskan tidur, selera makan dan tumpuan terhadap perkara lain.

“Justeru, sokongan keluarga perlu bagi mengatasi kemurungan ini selain bantuan kaunseling,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular