Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 28 Mei 2011

Pelajar sorok mayat bebas jaminan polis






SHAH ALAM – Seorang penuntut perempuan sebuah kolej swasta, yang menyerah diri kepada polis kerana menyimpan mayat bayi lelaki dalam almari sejak dilahirkan pada 20 Mei lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.

Wanita berusia 21 tahun itu tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya jam 12 tengah hari kelmarin, selepas tidak dapat menahan rasa bersalah dan takut kerana menyimpan mayat anaknya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, siasatan terhadap wanita itu akan dijalankan selepas dia pulih sepenuhnya.

“Wanita itu masih lemah dan kini ditempatkan di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan lanjut.

“Siasatan dijalankan secara terperinci mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya semalam.

Kelmarin, sebuah media tempatan melaporkan seorang penuntut wanita sebuah kolej swasta menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dalam almari di sebuah apartmen di Cheras.

Wanita itu kemudiannya membawa mayat bayi yang dibalut dengan tuala dan menyerah diri di IPD Ampang Jaya kelmarin.

Dia mengaku melahirkan bayi terbabit kira-kira seminggu lalu dan bertindak menyembunyikan mayat bayinya dalam almari kerana bimbang diketahui orang lain.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular