Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 27 Mei 2011

Sedih: Harussani Mufti Perak Dihina




KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa yang mendapat gelaran 'ustaz' dalam kalangan ahli parti itu bertindak biadab apabila menggelarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai 'Haramsani'.

Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Tindakannya itu ternyata memakan diri apabila kesemua 19 komen yang diterima daripada pengunjung web berkenaan, termasuk beberapa individu yang mengaku penyokong Pas mengkritik isi ceramah tersebut.

Berikut adalah petikan ceramah tersebut yang baru dimuat naik individu bernama MrPanglimaHarimau pada 23 Mei lalu.

"Duit kerajaan negeri perak, gaji-gaji kakitangan, termasuk Menteri Besar tak diasingkan, maka duit kerajaan negeri Perak bercampur, duit pelacur di situ, duit judi di situ, duit arak di situ, duit babi di situ, duit hiburan di situ, bercampur...

"Mufti tak 'respons' sebab dia tahu gaji dia duit pelacur, gaji mufti duit pelacur, gaji mufti duit babi, gaji mufti duit judi, gaji mufti duit haram.

"Itu sebab bila orang kata dia, dia bukan Harussani tetapi Haramsani. Dua kali haram....

"Itu sebab dia tak respons judi sebab dia tau gaji yang dia terima ini mungkin sumber judi, gaji dia mungkin sumber babi, sumber pelacur, sumber haram, sumber hiburan... Suruh dia respons," katanya.

Rakaman video bertajuk 'Mufti Perak digelar Haramsani' itu tercatat tarikh 7 Februari 2011 pukul 10.12 malam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular