Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 29 Mei 2011

Simbah asid: Penyebar maklumat palsu diburu




KUALA LUMPUR — Polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan dalang di sebalik penyebaran maklumat palsu kes simbah asid yang mencetuskan situasi panik di kalangan orang ramai, terutama penduduk sekitar Lembah Klang.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya membuat laporan kepada SKMM agar dapat mengenal pasti individu yang terlibat, sekaligus membendung perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Penyebaran maklumat palsu itu dihebahkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial seperti Twitter dan Facebook yang semakin berleluasa, sedangkan ia hanya berita palsu,” katanya selepas melancarkan program kesedaran komuniti merentasi sempadan jantina berhubung keselamatan wanita sempena pameran perumahan di sebuah pusat beli belah di sini hari ini.

"Kita memandang serius perbuatan ini...Apabila dalang di sebalik penyebaran itu telah dikenal pasti, polis akan menyiasat kes itu secara terperinci bagi mengelakkan timbul lagi kerisauan kepada masyarakat,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular