Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 28 Mei 2011

20 Ibu bapa buat laporan polis




SHAH ALAM - Insiden pergaduhan membabitkan 23 pelajar tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah Sri Muda, Seksyen 25, dekat sini, pada 20 April lalu, mencetuskan kemelut baru apabila hampir 20 ibu bapa membuat laporan polis ke atas Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, semalam.

Laporan polis ke atas YDP PIBG, Anita Atan dibuat segelintir ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan laporan polis dan kenyataan media Anita sebelum ini, kononnya ada ibu bapa menyebarkan fitnah berhubung kejadian itu.

Mereka membuat laporan di Balai Polis Sri Muda pada jam 10 pagi mendesak Anita tidak terus menyalahkan ibu bapa dan meminta pengetua lebih bersikap terbuka serta tidak berpihak.

Menurut wakil ibu bapa, Stevan Perumal, kenyataan media dan laporan polis dibuat Anita dianggap keterlaluan dan boleh mendorong orang awam memandang mereka sebagai kumpulan yang bersikap perkauman.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular