Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 31 Mei 2011

Wanita berstatus isteri ditangkap berkhalwat




DUNGUN – Gara-gara berang tindakan suami dipercayai berkahwin lain, seorang isteri sanggup membelakangkan hukum agama dengan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Bagaimanapun, tindakan ibu muda beranak satu yang membawa balik teman lelaki ketika suaminya tiada di rumah itu membawa padah apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berduaan di rumah sewanya, di Taman Rakyat Jaya, dekat sini.

Berikutan itu, pasangan terbabit dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam atas tuduhan berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan Pendakwaraya Syarie, Nor Hakimah Awang, ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 2.25 pagi di rumah di Taman Rakyat Jaya, Gong Pasir itu, sebaik pintu rumah diketuk, tertuduh perempuan yang memakai seluar jeans dan baju T membuka pintu, pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki memakai seluar pendek paras lutut tanpa baju bersembunyi di ruang dapur.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh wanita, Nor Shahida Mohamed Nor, 21 dari Merchang Marang dan pasangan lelaki, Mohamad Shahrulnizam Che Hassan, 19, dari Kemaman, kedua-duanya bekerja sebagai jurujual tidak mempunyai hubungan muhrim sah.

Shahrulnizam yang masih bujang bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan dikenakan manakala Nor Shahida yang masih berstatus isteri orang tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan.

Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah setelah menimbang rayuan Shahrulnizam serta mengambil kira hujah Pendakwaraya akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau dua bulan penjara terhadap tertuduh lelaki manakala NorShahida diperintahkan membayar wang jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin sebelum menunggu tarikh sebutan semula kesnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular