Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 28 Mei 2011

RM100 ribu, pangkal hilang, hujung lesap

Amir membaca beritanya diakhbar di rumahnya di Tanjung Dawai dekat sini, semalam.





KUALA LUMPUR - Akibat terlalu ghairah mendapat keuntungan sekelip mata, seorang peniaga dan bekas nelayan sanggup menjual bot miliknya sebelum wang itu dilaburkan terhadap sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kes penipuan skim cepat kaya dan penyelewengan wang mencecah RM200 juta sejak tiga tahun lalu.

Amir Sahat, 47, berkata dia kerugian RM60,000 dan wang itu kononnya dilaburkan bersama syarikat milik seorang ‘lebai’, turut dikenali sebagai ‘Ustaz Harun’ yang didakwa menjalankan perniagaan besar dalam sektor perkilangan, pembinaan dan perkapalan.

“Konco ‘ustaz’ berkenaan bergerak di seluruh negeri pantai timur dan utara dengan bernaung di bawah nama sebuah persatuan. Saya pernah menghadiri satu program yang mereka adakan di Stadium (Sultan Mohammed Ke-IV) sekitar 2008.

“Lagak mereka memang seperti ahli perniagaan hebat, mereka turut menjanjikan pulangan berlipat kali ganda jika melaburkan wang bersama syarikat ‘ustaz’ berkenaan,” katanya kepada wartawan.

Amir yang berasal dari Kedah berkata, mulanya dia melabur RM20,000 dan setiap minggu menerima pulangan RM130 sebagaimana dijanjikan syarikat berkenaan sebagai jumlah keuntungan bulanan.

Untuk menggandakan pendapatan bulanannya, Amir berkata, dia melaburkan lagi wang RM40,000.

“Saya ingatkan pendapatan akan bertambah, sebaliknya setiap sen daripada pelaburan selepas itu lesap begitu saja. Mereka menghilang dan sukar dihubungi selepas itu.

“Saya pernah cuba membuat laporan polis, namun keluarga menghalang, lagi pun tiada dokumen dan surat ‘hitam putih’ sebagai bukti yang boleh mengesahkan penipuan mereka,” katanya.

Media semalam melaporkan, seorang ‘ustaz’ yang mengaku bergelar Datuk, antara enam individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram membabitkan penyelewengan mencecah RM200 juta sejak Disember 2008.

Suspek utama, Harun Mat Saat, 45, yang kali terakhir dikesan di Kuala Terengganu, dipercayai menjadi dalang bagi ‘projek pelaburan’ dijalankan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd.

Selain Harun, dua lagi pengarah syarikat itu, M Bakri Kamaruddin, 50, dan Zainal Md Yusof, 47, turut diburu dan masih gagal dikesan hingga kini.

Turut menjadi buruan BNM, Abdul Halim Rafii, 51, dari Nilai, Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan penipuan ternakan lembu membabitkan pelaburan orang ramai bernilai RM48 juta.

Selain itu, pasangan suami isteri, Dahlan David Abdullah, 46, dan Ramunatul Aida Rahmat, 43, masih dicari berkaitan penipuan membabitkan pelaburan saham bagi menjana modal Syarikat Jazmeen (M) Sdn Bhd.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular