Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 28 Mei 2011

Mayat bayi di kem PLKN


PASIR MAS - Seorang pelatih PLKN ditahan kerana menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian seorang bayi perempuan di Bukit Tuku, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, mayat bayi tersebut dipercayai dijumpai kakitangan Pusat Khidmat Latihan Negara (PLKN) kem Cancun Park di belakang asrama pelatih perempuan dalam kawasan kem.

“Pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemui mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan. Mayat bayi kemudiannya dibawa ke hospital Pasir Mas untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, bayi seberat 2.6 kilogram tersebut ditemui masih bertali pusat dan dilahirkan cukup sifat.

Menurutnya, suspek remaja perempuan berusia 18 tahun itu kini dibawa ke hospital Kota Bharu untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil mengesahkan menerima laporan dan mengarahkan komander kem mengambil tindakan mengikut perintah yang ditetapkan dan membuat laporan polis.

“Kejadian disedari selepas pelatih mengadu sakit dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Hasil daripada pemeriksaan, mendapati pelatih itu melahirkan bayi sebelum menjumpai bayi dalam kawasan kem berkenaan,” katanya.

Katanya, pelatih tersebut baru melaporkan diri bersama 300 pelatih lain untuk siri kedua pada 15 Mei lepas.

Menurutnya, pelatih tersebut menjalani pemeriksaan kesihatan seperti pelatih lain sebelum lapor diri dan lulus dalam pemeriksaan itu.

“Kita tidak cadang mendedahkan identiti pelatih bagi menjaga maruah keluarga,” katanya.
Katanya, kejadian seperti ini kali ketiga berlaku di kem yang berasingan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular