Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 31 Mei 2011

Video Seks: Minta polis siasat pengedaranya

IMBAS: Lelaki yang disebut-sebut mirip Anwar Ibrahim dalam video YouTube.



BANTING – Pengedaran cakera padat video (VCD) lucah didakwa membabitkan pemimpin pembangkang kepada ketua kampung di setiap daerah disifatkan kerja kotor kerana tidak memikirkan kesan kepada golongan kanak-kanak.

Pengerusi Persatuan Ketua Kampung Kuala Langat, Selamat Amat Judi@Salleh, berkata, pihaknya berharap pengedar video lucah itu dapat dikesan segera kerana kesal sampul VCD yang dipos itu dibuka oleh salah seorang anak ketua kampung yang masih bersekolah.

Menurutnya, ia merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin berkenaan sekali gus mengubah pendirian kepimpinan kepada perasaan membenci pemimpin.

“Setiap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di daerah ini bertegas menolak modus operandi yang melampau itu sekali gus membuktikan pihak tidak bertanggungjawab berkenaan merupakan golongan tidak profesional,” katanya kepada wartawan ketika dihubungi, semalam.

Selamat berkata, beliau dan ketua kampung lain membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dan berharap polis mengambil tindakan sewajarnya supaya pengedaran VCD lucah berkenaan tidak terlepas ke tangan anak-anak kampung di daerah ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Kuala Langat, Basuki Yusof berkata, pengedaran video lucah berkenaan perlu disekat tanpa mengambil kira siapa pelakunya kerana risau VCD berkenaan terlepas kepada anak–anak.

“Perkara ini perlu diambil perhatian tanpa mengira ideologi politik kerana akan menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Laporan polis dibuat menunjukkan ketua–ketua kampung membantah pengedaran VCD lucah tersebut supaya tidak terus tersebar dalam masyarakat pula selepas ini,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular