Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 28 Mei 2011

Pukul Pelajar: Guru dipanggil bantu siasatan

IMBAS: Muhammad Noor Azim menunjukan cara dia dipijak oleh sekumpulan enam guru dalam kedudukan bersujud.




SEREMBAN - Beberapa orang guru di sebuah sekolah di Jelebu dekat sini akan dipanggil bagi membantu siasatan polis berhubung dakwaan seorang pelajar dibelasah oleh sekumpulan guru lelaki Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Supritendan Setapa Yusoff berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan kes terbabit dan siasatan kini dilakukan terhadap dakwaan pelajar itu.

"Setakat ini polis belum menahan mana-mana suspek," katanya di sini semalam.

Media semalam melaporkan seorang pelajar dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki sekolah itu.

Mangsa, Muhamad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa ketika kejadian dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia sebelum seorang guru memintanya ke bengkel sekolah lalu dibelasah enam guru lelaki lain.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular