Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 31 Mei 2011

Guru tuduh pelajar gugur kandungan, ayah buat laporan polis




BALING - Seorang bapa di daerah ini kecewa berikutan tindakan seorang guru menuduh anak perempuannya menggugurkan kandungan.

Ia memberi kesan kepada anaknya untuk meneruskan persekolahan di sekolah berkenaan.

Bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru berkenaan tekad membuat laporan polis, kerana menjatuhkan maruah anaknya yang baru berusia 14 tahun itu.

Mangsa berkata, dia dipanggil seorang guru disiplin dan mengatakannya menggugurkan kandungan sebulan yang lalu.

“Saya tidak mengaku kerana tidak melakukan perkara berkenaan,” katanya.

Bapanya berkata, selepas laporan dibuat, guru sekolah berkenaan dipanggil untuk memberikan keterangan.

“Saya bertanya kepada guru berkenaan di manakah bukti yang mengatakan anak saya menggugurkan kandungan.

“Tetapi guru berkesan mengatakan dia mendapat tahu daripada guru lain. Anak saya malu kerana namanya sudah tercemar disebabkan orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Katanya, dia turut bersetuju untuk membawa anaknya berjumpa dengan doktor untuk memastikan perkara sebenar.

“Saya sudah membuat keputusan untuk menukarkan anak saya ke sekolah lain agar dia dapat meneruskan pelajarannya,” katanya.

Menurutnya, perkara itu perlu mendapat perhatian pihak yang berwajib kerana ia melibatkan maruah anaknya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular