Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 29 Mei 2011

Akhirnya tercapai impian jadi doktor

Cik Eunizar Omar yang bercita-cita menjadi doktor sejak kecil lagi, merupakan antara 24 kohort perintis Sekolah Perubatan Siswazah Duke-NUS.



SINGAPURA - Sejak kecil lagi, Cik Eunizar Omar menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang doktor kerana terdorong hasrat membantu masyarakat, seperti ayahnya.

Justeru, apabila permohonannya ke Sekolah Perubatan Yong Loo Lin di Universiti Nasional Singapura (NUS) ditolak, beliau begitu hampa dan hampir melupakan sahaja impiannya itu.

Namun bekas penuntut Sekolah Perempuan Raffles (RGS) dan Maktab Rendah Victoria (VJC) itu tidak mudah berputus asa. Cik Eunizar, 28 tahun, percaya dengan pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Hasilnya, setelah meraih ijazah sarjana muda Sains Biomedikal di NUS, beliau diterima sebagai kohort perintis Sekolah Perubatan Siswazah Duke-NUS.

Semalam, Cik Eunizar merupakan antara 24 penuntut yang berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda Perubatan Doktor (Doctor of Medicine - M.D.) selepas pengajian selama empat tahun.

Penyampaian ijazah akan dijalankan pada Julai ini.

Sekolah tersebut, yang pertama kali mengambil pelajar pada 2007, adalah hasil kerjasama antara Universiti Duke, institusi berprestij di Amerika Syarikat dan NUS.

Duke-NUS adalah sekolah perubatan siswazah pertama di Singapura, dan fokus terhadap bidang kajian. Ia bertujuan menghasilkan para saintis-doktor (doctor-scientists).

Berbeza daripada sekolah-sekolah perubatan di sini, para pelajar Duke-NUS menghabiskan masa setahun dalam bidang kajian perubatan berciri sains atau klinikal.

Bahkan ia juga menetapkan kriteria menerima masuk para siswazah sarjana muda dalam bidang-bidang seni, kemanusiaan (humanities), sains dan kejuruteraan.

Sekolah-sekolah perubatan di sini, termasuk Sekolah Perubatan Yong Loo Lin,mengambil lulusan Peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A'.

Tempoh pengajian adalah lima hingga enam tahun, dan tidak termasuk setahun dalam kajian perubatan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular