Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 30 Mei 2011

'Tinggalkan' kerja untuk menjadi pegawai polis

Pelatih Pegawai Kanan polis, ASP Muhammad Aly Musa, memimpin perbarisan tamat latihan di Home Team Academy sebagai Komander Perbarisan




SINGAPURA - Setelah meraih ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan, beliau bekerja sebagai seorang juruaudit selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk mengejar impiannya menjadi seorang pegawai polis.

Impian Penolong Superintenden (ASP) Muhammad Aly Musa, 26 tahun, itu menjadi kenyataan setelah beliau lulus dari Home Team Academy dalam kursus asas pegawai kanan Jumaat lalu.

Ditemui sebelum upacara perbarisan tamat latihannya, ASP Aly berkata beliau bekerja setahun di syarikat Pricewaterhouse Coopers (PWC) sebelum mengambil keputusan mahu menukar kerjayanya itu.

'Selepas setahun bekerja sebagai seorang juruaudit, saya mendapati saya tidak begitu minat bekerja di pejabat,' kata ASP Muhammad Aly, yang lulus dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada 2009.

Tambahnya lagi, beliau sedia menerima cabaran sebagai seorang pegawai polis yang mungkin mendedahkannya kepada risiko bahaya yang lebih tinggi, berbanding tugas di pejabat.

Anak kedua dalam empat beradik itu juga berkata beliau terdorong menyertai kerjaya di Home Team kerana kededua ibu bapanya juga merupakan bekas pegawai polis.

Tambahnya, beliau mula 'jatuh cinta' dengan kerjaya sebagai seorang pegawai polis ketika menjalani perkhidmatan negara (NS) bersama Pasukan Polis Singapura (SPF).

Semalam, ASP Aly merupakan komander perbarisan yang berlangsung di Home Team Academy di Old Choa Chu Kang Road, yang melibatkan lebih 700 pegawai polis, termasuk pegawai kanan, pegawai biasa, serta pegawai perkhidmatan negara, lulus daripada kursus masing-masing.

Turut hadir di perbarisan tersebut sebagai Tetamu Terhormat adalah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular