Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 30 Mei 2011

Nur Jazlan bersedia disiasat oleh SPRM

Nur Jazlan Mohamed Pengerusi UDA Holdings Bhd.






KUALA LUMPUR – Pengerusi UDA Holdings Bhd. (UDA), Datuk Nur Jazlan Mohamed bersedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pemberian kontrak pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Pada masa sama, beliau juga mahu SPRM melakukan siasatan terhadap Datuk Musa Sheikh Fadzir yang didakwa mempunyai agenda tertentu kerana sengaja menjadikan isu itu sebagai polemik menjelang mesyuarat Lembaga Pengarah UDA, esok.

Mesyuarat esok bakal membincang dan memutuskan mengenai kontrak pembangunan BBCC.

“Saya tidak gentar untuk disiasat kerana saya juga mahukan ketelusan tetapi pihak yang menjadikan projek BBCC sebagai isu juga perlu bersedia disiasat.

“Saya khuatir pihak tersebut mempunyai agenda tertentu disebabkan mesyuarat bagi memutuskan keputusan kontrak BBCC akan dibentang kepada Lembaga Pengarah esok,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Jelas beliau, pemberian kontrak BBCC tidak sepatutnya menjadi isu kerana semua pembida telah membuat penjelasan berhubung cadangan masing-masing.

“Saya sebenarnya pun hairan kenapa perkara yang belum dimuktamadkan telah dipertikaikan, tidak tahulah saya kalau ada mana-mana yang ‘bocor’,” ujarnya.

Nur Jazlan yang begitu kesal kerana isu tersebut sengaja dipanjangkan menyifatkan tindakan Musa adalah satu bentuk serangan kepadanya berbanding terhadap UDA.

Tegas beliau, UDA telah membuat penjelasan terperinci berhubung projek itu namun Musa didakwa sengaja mewujudkan pelbagai pendekatan untuk membuat serangan terhadapnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular