Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 29 Mei 2011

Menteri Besar panggil saya Mak Lang'



KUPANG - Seorang warga emas di Perumahan Keda Kampung Sadek, Sufiah Awang, 74, teringin berjumpa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang didakwa mempunyai pertalian persaudaraan.

Sufiah berkata, datuknya dengan datuk Azizan adalah sepupu dan dia pernah tinggal di rumah Azizan di Sungai Limau, Yan sehingga bernikah seterusnya berpindah ke Kupang.

“Azizan panggil saya Mak Lang. Saya tinggal di rumah mereka untuk membantu keluarganya menyediakan makanan.

“Bila teringat, saya akan tersenyum dan bangga kerana anak kecil yang panggil saya Mak Lang kini dah jadi Menteri Besar,” katanya penuh bangga.

Menurutnya, hubungannya dengan Azizan semakin renggang setelah dia berkahwin dan berpindah ke rumah sendiri.

“Sebelum ini, Azizan pernah datang ke kawasan kampung ini untuk majlis pecah tanah. Saya memang mahu jumpa beliau, tetapi terdapat beberapa faktor yang membuatkan saya gagal,” katanya.

Menurutnya, setiap kali orang bertanya mengenai Azizan, dia tidak bosan untuk menceritakan gelagatnya sewaktu kecil.

“Saya akui, saya memang berbangga terhadap Azizan, tetapi saya bukanlah berniat untuk mengambil kesempatan terhadap kejayaannya,” katanya.

Katanya, sebelum dia menghembuskan nafas, ingin sekali bertemu dengan Azizan secara bersemuka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular