Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 27 Mei 2011

BNM buru ustaz seleweng RM200 juta

DIKEHENDAKI...(dari kiri), M Bakri, Dahlan David, Ramunatul Aida, Abd Halim dan Zainal diburu BNM berhubung penipuan skim cepat kaya.


KUALA LUMPUR - Seorang ustaz yang mengaku bergelar Datuk, antara enam individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram membabitkan penyelewengan mencecah RM200 juta sejak Disember 2008.

Suspek, Harun Mat Saat, 45, yang beralamat terakhir di 70, Rumah Murah Kos Rendah, Telaga Daeng Satu, Seberang Takir, Kuala Terengganu dipercayai menjadi dalang bagi ‘projek pelaburan’ dijalankan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, dua ahli lembaga pengarah syarikat terbabit ditahan dan sedang menjalani proses perbicaraan.

“Bagaimanapun, Harun dan dua lagi pengarah syarikat itu iaitu M Bakri Kamaruddin, 50, dan Zainal Md Yusof, 47, melarikan diri dan gagal dikesan hingga kini.

“Siasatan mendapati akaun ketiga-tiga mereka memiliki wang tunai RM200 juta, menyebabkan akaun mereka kini dibekukan BNM,” katanya ketika ditemui wartawan di Ibu Pejabat BNM.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular