Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 28 Mei 2011

Pas pekerja palsu: Undang Luak Sungai Ujong diminta beri penjelasan

YTM Undang Luak Sungei Ujong, Dato Haji Mubarak bin Haji Dohak.





KUALA LUMPUR - Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Kelana Petra Datuk Mubarak Dohak diminta memberi penjelasan berhubung isu pas pekerja palsu yang dikeluarkan sebuah syarikat di Senawang yang tercatat cop YTM (Yang Teramat Mulia) Dato Kelana Putra bagi membersihkan nama institusi berkenaan.

Datuk Lembaga Kanan Tiang Balai Luak Sungai Ujong, Datuk Sri Maharaja Diraja Zulkeply Dahalan, berkata pihaknya dukacita dan terkilan mengenai laporan berkenaan yang boleh menjejaskan nama baik dan maruah institusi adat dan Waris Sungai Ujong.

“Oleh kerana laporan akhbar menyebut Undang Luak Sungai Ujong berkaitan kes penipuan pas pekerja palsu Jabatan Imigresen, justeru Datuk Undang terbabit sebenarnya sudah terheret dan isu ini sudah menjadi kepentingan awam dan wajar diselesaikan segera.

“Kita mahu tahu sama ada cop rasmi berkenaan sudah hilang dari simpanan Datuk Undang atau ditiru oleh pihak berkenaan kerana ini membabitkan Institusi Adat Perpatih di Negeri Sembilan serta kesucian Dewan Keadilan Dan Undang Yang Mulia,” katanya pada sidang media di kediamannya, di sini, hari ini.

Rabu lalu, media mendedahkan mengenai sebuah syarikat yang mendakwa mendapat kebenaran Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan berpuluh ribu pas pekerja palsu sejak 1999 dengan modal RM1,000 saja, selain turut mengandungi cop YTM Dato Kelana Petra iaitu gelaran Datuk Undang Sungai Luak Sungai Ujong.

Premis berkenaan kemudian diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berjaya menangkap pengarah syarikat yang dipercayai dalang kegiatan itu dan seorang wanita Indonesia.

Zulkeply berkata, beliau sudah menghantar surat kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membincangkan perkara berkenaan.
Beliau juga meminta polis dan SPRM menjalankan siasatan rapi, termasuk memastikan nama institusi adat tidak terpalit dengan kes berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular