Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 30 Mei 2011

Facebook persenda Sultan





KEMAMAN – Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang membuka akaun facebook Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin kerana ia mempersendakan institusi raja dan mengancam keselamatan negara.

Difahamkan ‘fan page’ Facebook itu dikesan diwujudkan tiga hari lalu, malah lebih menyedihkan salah seorang seorang penyokong ‘fan page’ itu adalah penuntut lelaki berbangsa Melayu di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari Selangor dan berasal dari Kuala Terengganu.

Susulan itu, seorang penyelia bengkel dari Binjai, Mukhatar A Rahman, 47, membuat laporan polis berhubung kes berkenaan kira-kira jam 1.06 tengah hari di Balai Polis Chukai.

Menurutnya, dia mengetahui mengenai ‘fan page’ itu wujud kira-kira jam 8.30 malam kelmarin apabila membuka akaun facebooknya dan melihat kiriman di Kumpulan Ahli UMNO Selangor yang mengandungi kiriman dari Darul Ehsan yang memetik berita dari blog Darul Ehsan Today.

“Saya ada membuka blog tersebut di http://darulehsantoday.blogspot.com.

“Saya klik pada laman itu dan mendapati ada ‘fan page’ diwujudkan oleh Rakai Arya Santoso yang dipercayai berasal dari Indonesia,” katanya.

Katanya, akaun facebook berkenaan boleh dianggap sebagai jenayah siber iaitu satu hasutan untuk memerangi Yang Dipertuan Agong.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular