Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 29 Mei 2011

Kes RM200 juta: Datuk guna alamat palsu




KUALA TERENGGANU - Individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan membabitkan kerugian RM200 juta, Harun Mat Saat, 45, dipercayai menggunakan alamat palsu bagi mengelak diburu pihak berkuasa ketika menjalankan kegiatan.

Malah, lelaki menggelarkan dirinya ‘Datuk’ yang juga perancang utama dalam menjalankan kegiatan berkenaan bersama empat rakan, termasuk dua yang masih menjadi buruan polis itu, dikatakan tidak pernah menetap di alamat 70, Rumah Murah Kos Rendah, Telaga Daeng Satu, Seberang Takir, di sini sebagaimana dimaklumkan BNM kepada akhbar ini sebagai alamat terakhir lelaki terbabit.

Tinjauan wartawan ke kawasan berkenaan mendapati alamat terbabit tidak wujud di tiga perumahan kos rendah di situ yang dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu Rumah Murah Kos Rendah, Rumah Murah Nelayan dan Rumah Teres Kos Rendah Telaga Daeng yang dibina secara berperingkat bermula sejak 1969.

Malah, tinjauan dibuat di kawasan Rumah Murah Kos Rendah mendapati tiada rumah bernombor 70 di kawasan itu, sebaliknya perumahan di situ menggunakan nombor tiga angka.

Penduduk, Mohamad Abdullah, 60, berkata, dia tak pernah mengenali lelaki itu atau mendengar nama syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd.

“Sejak tinggal di sini pada 1979, saya tidak pernah melihat atau mengenali lelaki ini (Harun) dan percaya dia orang luar yang menggunakan alamat berkenaan untuk mengelirukan pihak berkuasa,” katanya yang yakin lelaki terbabit menggunakan alamat palsu.

Dia berkata, sebelum ini jirannya pernah didatangi anggota polis yang bertanyakan mengenai alamat rumah terbabit tahun lalu dan percaya ia bertujuan mengesan jejak lelaki terbabit.

Pemandu bot penambang, Zakaria Ibrahim, 65, berkata, dia juga percaya lelaki terbabit menggunakan alamat palsu kerana sepanjang tinggal di kawasan itu, dia tidak pernah mengenali lelaki itu.

“Saya tinggal di sini sejak 1975 dan tidak pernah mendengar ada orang bercerita mengenai lelaki terbabit atau kegiatan penipuan membabitkan skim cepat kaya di kawasan perumahan ini,” katanya yang menetap di kawasan Rumah Murah Nelayan, terletak kira-kira 500 meter dari Rumah Murah Kos Rendah dan Rumah Teres Kos Rendah Telaga Daeng, di sini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular