Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 27 Mei 2011

Kucing Jelmaan: Kami tak lemaskan kucing itu





SENAI – Penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah menafikan kucing hitam yang didakwa jelmaan individu mengamalkan ilmu hitam dilemaskan, sebaliknya ia hanya diletakkan di tepi sungai sahaja.

Imam Masjid Laksamana, Ahmad Tahir Mohamed berkata, kucing berkenaan diletakkan di tepi sungai sahaja dan dibuka sangkarnya untuk kucing berkenaan dilepaskan.

“Kami lepaskan kucing itu selepas solat Asar, lebih kurang jam 5 petang kelmarin, kami hanya letakkan sangkar di tepi sungai dan membuka sangkar berkenaan supaya memudahkan kucing itu keluar.

“Memang kami tidak lemaskan kucing itu kerana ia adalah satu penganiayaan kepada haiwan yang tidak bersalah,” katanya.

Menurutnya, walaupun kucing berkenaan bersifat misteri, haiwan berkenaan tidak perlu disalahkan kerana ini adalah sebahagian ikhtiar penduduk kampung untuk mengelakkan kejadian ini berulang lagi.

“Kami masih berpandukan kepada syariah. Oleh sebab itu kami melakukan solat hajat dan Alhamdulillah kejadian seperti ini sudah tidak berlaku lagi sehingga semalam.

“Walaupun selepas kucing itu dilepaskan sudah tidak berlaku lagi kes kecurian, penduduk di sini masih lagi berjaga-jaga kerana mereka masih gusar kejadian berkenaan berlaku. Kami hanya berserah kepada Allah,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular