Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 28 Mei 2011

Bekas pemain bola sepak Perlis meninggal




KANGAR - Bekas pemain bola sepak Perlis era 80an, Roslee Ramlee, 53, meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika berjoging di kawasan Bukit Lagi dekat sini semalam.

Bekas penyerang pasukan Perlis itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pukul 6.20 petang semalam dan meninggal dunia sejam kemudian.

Isterinya, Azihani Ali yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri Perlis berkata, suaminya yang juga seorang juruteknik di Jabatan Kerja Raya (JKR)sempat berjoging di situ kira-kira sejam sebelum menelefonnya di rumah dan mengadu sesak nafas lalu beliau membawanya ke HTF untuk mendapatkan rawatan.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai "Chik" menghembuskan nafas terakhir di hadapan Azihani dan dua anaknya, Alissa, 18 dan Afeeq, 16.

Jenazahnya dibawa pulang ke rumah mereka di Jejawi Alor Lanchang pukul 10.30 malam tadi. Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jejawi Sungai Adam tengah hari ini.

Di antara mereka yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan bekas Menteri Besar, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular