Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 28 Mei 2011

Pengajaran kepada artis





KUALA LUMPUR - “Ini adalah pengajaran kepada artis lain kerana seburuk-buruk kejahatan dilakukan secara sembunyi, akhirnya terbongkar juga,” kata penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh mengenai pembabitan segelintir artis dengan dadah serta gejala sosial lain.

Menurut Zawawi, kes yang berlaku kepada Ameng Spring adalah contoh bahawa tiada siapa mampu menyorokkan kesalahan dilakukan, malah apabila terbongkar, ia memberi kesan kepada individu itu.

“Bagi saya, kes Ameng antara contoh terbaik bagi orang lain, terutama kalangan artis, untuk muhasabah dan memperbaiki diri sebelum terlambat.

“Ini kerana, bila tertangkap dan disabitkan hukuman, menyesal bagaimanapun tetap tidak mampu mengelak hukuman yang bakal dikenakan,” katanya ketika dihubungi.

Zawawi berkata, perkara ini bukan merujuk kepada artis saja, sebaliknya sebagai peringatan kepada semua lapisan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan undang-undang serta yang dilarang dalam Islam.

Namun, katanya, impak dilakukan individu yang terkenal sebagai ‘public figure’ seperti Ameng mampu memberi kesan lebih kuat kepada orang ramai.

“Sebagai contoh, jika dia mengatakan mengambil bahan terlarang berkenaan bagi meredakan tekanan atau atas alasan lain sekalipun, kita khuatir ia turut diikuti orang lain, terutama peminat,” katanya.

Malah, Zawawi berkata, perbuatan artis tanah air sedikit sebanyak mencalar lagi imej industri hiburan negara.

“Ini yang kita tidak mahu. Bila satu demi satu artis ditahan atau dilapor melakukan kesalahan undang-undang atau terbabit dalam maksiat, orang menganggap industri hiburan teruk, sedangkan ia boleh menjadi sesuatu yang baik jika dimanfaatkan secara betul,” katanya.

Ameng atau nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka, 12 April lalu selepas mengaku bersalah atas tiga tuduhan memiliki dan memasukkan dadah dalam badan.

Mahkamah memerintahkan Ameng menjalani hukuman penjara bagi ketiga-tiga pertuduhan itu serentak bermula pada tarikh ditangkap pada 1 Februari lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular