Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 28 Mei 2011

Kucing hitam mengganas lagi




SKUDAI – Kegusaran penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah di sini, masih belum menemui titik noktah apabila sebuah rumah di jalan berkenaan cuba dipecah masuk dipercayai oleh jelmaan kucing hitam berkenaan malam semalam.

Terdahulu, media melaporkan kucing berkenaan dilepaskan atas dasar perikemanusiaan di tepi sungai di kawasan berkenaan.

Wakil Penduduk, Ahmad Tahir Mohamed berkata, kejadian yang berlaku tengah malam semalam disedari penduduk yang mengawasi kawasan berkenaan.

“Selepas mendengar jeritan penduduk, beberapa orang penduduk bergegas ke rumah berkenaan dan mendapati bumbung rumah berkenaan dikopek. Penduduk di situ nampak kelibat manusia lari namun apabila dikejar rupa-rupanya kucing hitam.

“Kali ini penduduk nampak kelibat dua kucing hitam namun gagal ditangkap kerana kucing berkenaan melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, penduduk akan bekerjasama dengan polis dalam memastikan misteri kegiatan pecah rumah ini dapat dirungkai.

“Pelbagai ikhtiar kita lakukan, namun perkara ini masih lagi berlaku kita minta kepada sesiapa yang boleh membantu tidak kira melalui cara tradisional ataupun moden untuk beri bantuan kepada kami,” katanya.

Ahmad Tahir berkata, apabila perkara ini didedahkan oleh pihak media, dia dan penduduk kampung ditertawakan oleh pihak yang menganggap perkara ini sebagai ‘main-main’.

“Saya masih ada akal, penduduk di sini juga masih boleh berfikir yang mana betul dan yang mana tidak. Kalau ingin membantu memang kami alu-alukan, datang sendiri ke sini dan lihat sendiri bagaimana keadaannya.

“Kami percaya perkara-perkara sebegini memang berlaku terutamanya oleh pengamal-pengamal ilmu hitam,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular