Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 29 Mei 2011

Video Seks: Anuar Difitnah kata Nik Aziz



SUNGAI BULOH – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan pihak yang menabur fitnah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengaitkannya dengan rakaman video seks agar tampil memohon maaf.

Beliau berkata, fitnah adalah salah satu daripada dosa besar dan sesiapa terlibat dengannya tidak akan diampunkan dosanya oleh Allah selagi dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada orang yang difitnah.

“Anwar bukan batang kayu. Dia pun tahu malu. Dosa orang yang buat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf dengan Anwar. Itu pun kalau Anwar bagi,” katanya dalam ceramah Perdana ‘Pas ganti UMNO di Kampung Setia, Kuang, malam kelmarin.

Menurutnya, orang Islam sepatutnya menjauhi dan mengelakkan diri dari memfitnah orang dan jika fitnah itu dibuat secara terbuka, individu terlibat itu wajib meminta maaf juga secara terbuka.

“Kenapa kita mesti hendak malukan dia, kita mengumpat dengan hanya seorang sahaja pun sudah boleh buat orang yang difitnah itu terasa apatah lagi jika fitnah ini dibuat secara terbuka sampai semua orang tahu,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular