Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 3 Mei 2011

Jakim, JHEAIK pusat rujukan halal




KOTA BHARU - Karnival Halal Kelantan 2011 yang bakal diadakan pada 28 Mei ini dilihat sebagai wadah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama Islam negeri seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) merupakan pusat rujukan berwibawa berkaitan pensijilan halal.

Pengarah JHEAIK, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh semasa membentangkan matlamat penganjuran karnival berkenaan berkata, objektif itu merupakan antara tujuannya selain memberi kesedaran kepada pengguna tentang produk halal yang mendapat pensijilan halal Malaysia dan menjadi platform bagi pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) terutama Bumiputera memperkenalkan produk mereka.

"Kita mahu meyakinkan masyarakat bahawa Jakim dan JHEAIK adalah pengeluar sijil halal yang berwibawa. Di sini, kita akan promosikan pensijilan halal agar masyarakat benar-benar peka terhadap kepentingan logo halal yang semestinya menawarkan produk yang bukan sahaja bersumber halal tetapi terjamin daripada aspek mutu, kebersihan dan sebagainya," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Tambahnya, Karnival Halal Kelantan sebenarnya telah berlangsung sebanyak enam kali termasuk tahun ini iaitu pada tahun 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2010.

"Karnival tahun ini agak istimewa kerana kita bergandingan dengan Jakim. Banyak aktiviti istimewa pada karnival kali ini, misalnya kita akan mengadakan rakaman televisyen bagi dua sesi Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan uji bakat peserta program Adik-Adikku musim terbaharu," ujarnya.

Karnival Halal Kelantan 2011 yang dianjurkan oleh JHEAIK dengan kerjasama Jakim akan diadakan di Kompleks Islam Darul Naim, Kota Bharu selama tiga hari.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular