Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 2 Mei 2011

Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat (PR)

Datuk Husam Musa.




KULAIJAYA – Pakatan Rakyat (PR) tidak teragak-agak untuk melantik wakil dari kaum Cina dalam barisan Kabinet sekiranya pakatan pembangkang itu berjaya mengambil alih pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa berkata demikian sebagai membalas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kehilangan wakil kaum Cina dalam kerajaan sekiranya tidak menyokong MCA.

Husam berkata, sekiranya PR menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang pastinya pakatan pembangkang itu tidak akan mengetepikan kaum lain termasuk Cina yang merupakan sebahagian penyokong mereka.

“PRU akan datang ini tidak tahu lagi BN menang ke kalah dan belum tentu lagi dia (Najib) akan jadi Perdana Menteri atau tidak.

“Kalau kita (PR) menang kita juga akan lantik orang Cina dalam Kabinet, jadi kita tidak perlu Najib untuk tentukan sama ada wakil Cina ada atau tidak dalam kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmiannya pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri Johor (DPPJ) Kali ke-39 di Palm Villa Bandar Putra, di sini, malam kelmarin.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular