Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 26 Mei 2011

Pemuda berpakaian wanita 'bercumbu' ditangkap



TUMPAT - Seorang lelaki menyerupai wanita yang ditahan dalam keadaan mencurigakan dengan pasangan sejenis, seorang pelajar Kolej Swasta, dikenakan denda RM1,000 dan penjara 14 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Tumpat, semalam.

Zuhaili Ahmad@Ghazali, 22, mengaku bersalah terhadap tuduhan melakukan perbuatan tidak sopan, 11 Februari lalu.

Pemuda dari Kampung Geting itu, yang hadir bersama abangnya, Zakri Ahmad, 37, membayar hukuman denda RM1,000 yang diperintahkan oleh Hakim Syarie, Mazlan Abdullah.

Dia perlu menjalani hukuman penjara 14 hari di Penjara Pengkalan Chepa bermula hari ini (semalam) manakala pasangannya, Meerza Shah Abdul Hakim, 19 tidak hadir kerana menduduki peperiksaan dan perbicaraannya ditangguhkan pada 6 Julai depan.

Penolong Pendakwa Syarie Negeri, Wan Salina Wan Hussin membacakan kertas pertuduhan ke atas Zuhaili dalam prosiding semalam di kamar Hakim.

Zuhaili didakwa mengikut Seksyen 5 (1) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan, No 2, 1985, jika sabit kesalahan, dia boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, Pada 11 Februari lalu, hasil daripada operasi pada jam 4.35 petang, tindakan pasangan terbabit yang asyik memadu asmara di kawasan pantai di Pulau Tengkorak di atas hamparan cadar membawa padah apabila diserbu pegawai penguat kuasa agama yang meronda mencegah jenayah.

Pasangan berkenaan tidak menyedari perbuatan mereka diperhatikan tiga penguat kuasa agama sebelum ditahan.

Mereka dilihat sedang berbaring dengan keadaan bertentangan hukum syariah apabila kedudukan pelajar kolej itu berada di bawah pasangannya menyerupai wanita di pantai terbabit.

Manakala muka pelajar kolej terbabit berada di atas dada pasangannya, menyebabkan penguat kuasa agama Jajahan Tumpat menahan dan mendakwa mereka.

Pelajar berkenaan disoal siasat dan pasangannya yang disangka perempuan sebenarnya adalah seorang lelaki berdasarkan kad pengenalan ditunjukkan kepada penguat kuasa.

Berikutan penahanan terbabit, pasangan itu dikehendaki menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Tumpat dekat sini, pada 23 Mac lalu bagi mengikuti prosiding pendakwaan kali pertama mengikut Seksyen 5 (1) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan, No 2, 1985, tetapi kedua-duanya tidak hadir.

Zuhaili juga dikehendaki memotong rambut panjang itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular