Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 26 Mei 2011

Polis terus siasat kes doktor hilang

IMBAS: Natrah menunjukkan gambar anaknya yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu.





JITRA - Polis Kedah masih menjalankan siasatan berhubung kes kehilangan seorang doktor muda yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, siasatan mengenai kes kehilangan itu masih lagi dijalankan.

“Kita masih belum mengklasifikasikannya sebagai kes jenayah, memandangkan beliau hilang tanpa pengetahuan sejak sepuluh hari lalu.

“Bagaimanapun, kita meminta supaya seluruh ahli keluarganya bersabar dan pada masa sama polis akan terus menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes kehilangan doktor pelatih, Dr Mohd Noor Azam Mohd Nazri, 26, dari Taman Bunga Raya di sini yang bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas dipercayai gagal ditemui keluarga sejak 16 Mei lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular