Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 26 Mei 2011

Tempoh latihan PLKN mungkin dipanjangkan





KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan sedang mengkaji kemungkinan untuk memanjangkan tempoh latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tempoh latihan tiga bulan ketika ini terlalu singkat dan tidak memadai dalam usaha membentuk sahsiah terpuji, keperibadian unggul dan memupuk semangat patriotisme.

"Tempoh tiga bulan amat singkat sebenarnya. Ada ibu bapa dan pelatih sendiri mengadu pelajaran yang diterima tidak cukup kerana tempoh latihan terlalu pendek," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini semalam.

Menurutnya, cadangan memanjangkan tempoh latihan itu digariskan di bawah Strategi Lautan Biru yang mana dalam strategi itu beberapa perubahan dan nilai tambah pada latihan akan dibuat termasuk penambahan modul.

PLKN dilancarkan pada 16 Februari 2004 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular