Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 2 Mei 2011

Video Seks: Failkan kes Anwar ke Mahkamah Syariah


PUTRAJAYA - Lafaz sumpah laknat yang dilakukan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah akan lebih bermakna jika pertuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China difailkan di Mahkamah Syariah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sumpah laknat yang dilakukan oleh Shazryl Eskay hanya bertujuan untuk mendapatkan keyakinan rakyat terhadap pertuduhannya ke atas Anwar.

“Sumpah itu tidak akan membawa sebarang makna jika pertuduhan tidak dibawa ke Mahkamah Syariah.

“Sepatutnya isu ini difailkan ke Mahkamah Syariah terlebih dahulu sebelum sebarang sumpah dilakukan. Selepas difailkan di Mahkamah Syariah, ia akan memudahkan perbicaraan dengan kedua-dua belah pihak akan bersumpah untuk membuktikan siapa yang benar dalam hal tersebut dengan disaksikan hakim,” katanya ketika dihubungi wartawan hari ini.

Beliau mengulas saranan beberapa ahli ulama yang mahu Anwar bersumpah bagi membersihkan dirinya setelah dituduh oleh trio ‘Datuk T’ sebagai pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai China.

Tuduhan itu diperkuatkan lagi dengan sumpah laknat bekas rakan karib Anwar, Shazryl Eskay di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, dekat sini Jumaat lalu bagi membuktikan pembabitan Anwar sebagai pelaku di dalam rakaman video seks berkenaan.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, sumpah laknat yang dilakukan oleh bekas rakan baik Anwar itu juga tidak ada dalam syariat Islam.

“Bagaimanapun, jika mana-mana pihak ingin mengetahui kebenarannya, maka sebaiknya perkara tersebut difailkan ke Mahkamah Syariah dan biar mahkamah yang tentukan adakah Anwar patut bersumpah atau tidak.

“Jika kita desak Anwar bersumpah sekarang pun tidak ada gunanya kerana tiada sebarang desakan undang-undang yang boleh mendesak beliau berbuat demikian,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular