Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 4 September 2011

28 Mangsa terkorban di Lagun Kuala Semarak

Ahli keluarga mengangkat mayat Nik Nur Hidayah selepas ditemui di dasar lagun.



PASIR PUTEH - Lagun Kuala Semerak di Tok Bali, dekat sini, terus ‘menagih nyawa’ apabila dua lagi mangsa menjadi korban hanya dalam tempoh selang lima minit akibat lemas, kelmarin menjadikan keseluruhan mangsa mati lemas di lagun itu seramai 28 orang sejak sembilan tahun lalu.

Kejadian pertama kira-kira jam 3.45 petang diikuti kejadian kedua kira-kira jam 3.50 petang itu mengorbankan Nik Nur Hidayah Nik Man, 11, dan Nik Nor Fatin Izzati Nik Mohd Noor, 15.

Empat lagi nyawa juga hampir melayang apabila kakak Nik Nur Hidayah, Nik Nasuha, 16, nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya, tetapi berjaya diselamatkan sepupunya, Mohd Zamri Ibrahim, 37. Nik Nasuha dirawat di Hospital Tengku Anis (HTA) dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sepupu Nik Nor Fatin Izzati, Norhayati Samsuddin, 14, Mohd Halim Zaid, 12 dan Nabila Azmi, 15, juga nyaris lemas namun terselamat selepas dibantu orang ramai.

Difahamkan, Nik Nur Hidayah dari Kampung Gong Penaga, Bukit Awang, yang juga murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, dekat sini, dipercayai lemas selepas kakinya terbenam dalam pasir jerlus ketika air pasang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular